|
PENAJA ANDA |
|

Firdaus SS
+6012-654 6568
My Blog
 |
 |
|
MEMBER'S LOGIN |
|
|
 |
|
FORUM ONLINE |
|
|

LINKS |
|
|
 |
|
|
|
 |
|

|
USAHAWAN CNI
Berikut adalah kisah sebahagian daripada usahawan yang telah berjaya dalam
kerjaya CNI. Sejak tahun 1989 CNI telah terbukti mampu melahirkan lebih 50
orang insan yang bergelar jutawan. Mereka telah mengusahakan CNI dengan
cara konvensional diiringi dengan semangat kental dah usaha yang
berterusan. Diharap mereka dapat memberikan sedikit inspirasi kepada para
usahawan CNI lain untuk terus bersemangat dalam usaha untuk mengejar
impian.
|
|

Pengurus Agensi Intan Jutawan
Murad Basir & Mazini
Dulu, saya
menyerah kepada nasib, bersikap pesimistik, lemah semangat dan tidak
berkeyakinan kerana telah banyak menempuhi kegagalan.
Kerana CNI
saya bangkit semula dan sedar bahawa nasib saya sebenarnya berada di
dalam tangan saya sendiri. Asalkan saya berani saya akan dapat
mengubah nasib sendiri.
Sejak itu,
diiringi sindiran orang di sekeliling dan sokongan semua upline dan
downline CNI, saya sedar bahawa walau betapa buruk sekali pun keadaan
dan betapa beratnya beban di bahu, segalanya dapat diubah. Syaratnya,
saya mesti bertindak dan berusaha dengan bersungguh-sungguh.
|
Malahan,
saya sering mengingatkan diri, "Jangan putus asa sehingga anda berjaya
memakbulkan impian yang telah lama terpendam di dalam hati."
Hari ini
saya telah berjaya mencapai impian yang dianggap mustahil dicapai.
Mempunyai rumah dan kereta mewah, melancong ke luar negeri, menerima
pendapatan lumayan, memiliki keluarga bahagia dan tubuh badan yang
sihat. Pendek kata, saya telah berjaya mencipta kejayaan
gilang-gemilang pada usia yang muda.
Apa yang
lebih membanggakan saya adalah saya telah membantu ramai orang
mengubah nasib mereka. Malahan, saya sanggup meninggalkan kampung
halaman merantau ke Kuantan untuk menyumbang jasa kepada masyarakat
dengan membantu ramai orang mengubah nasib mereka. Terima kasih CNI
kerana membuka peluang kejayaan saya hari ini!

|
|

Pengurus Agensi Intan Jutawan
Irman Harmi & Norzi Isma
Pengalaman
sendiri adalah modal terbaik untuk mengajak orang lain menyertai
kerjaya CNI. Saya mula kenal CNI kerana menggunakan CNI Lyophilized
Royal Jelly untuk mengubati penyakit resdung yang sudah bertahun saya
hidapi. Saya begitu yakin dan bersemangat menceritakan kepada orang
lain tentang kemujarabannya. Tetapi saya sedar semangat yang tinggi
perlulah digandingkan dengan ilmu yang tinggi juga demi membina
kerjaya yang berkekalan dan berdaya maju.
Saya ikuti
semua kursus yang dianjurkan oleh CNI seperti GBOS, SNP dan sebagainya
untuk menimba ilmu dan bergaul dengan orang yang positif. Sikap juga
amat penting bagi menentukan hala tuju seseorang. Kualiti cemerlang
yang dipamerkan oleh upline saya MDAM Hj Ramli Jack telah membuatkan
saya berfikir dan menilai kembali tindakan yang negatif seperti cepat
berputus asa, ego dan ragu-ragu. |
Kini,
sebagai seorang Intan Jutawan, saya merasakan cabaran semakin besar
kerana perlu menunjukkan komitmen dan sentiasa bertenaga sebagai
teladan kepada downline. Cabaran yang banyak menjadi tekanan yang
sihat untuk terus mengukir peluang baru.
Sepanjang
kerjaya CNI, selain daripada menerima imbuhan kebendaan seperti rumah,
kereta dan pendapatan mewah serta pelancongan di dalam dan luar
negara, saya mendapat kepuasan rohaniah juga. Membawa rakan-rakan yang
susah menjadi berjaya, membantu orang yang sakit, terutamanya yang
merasakan sudah tiada harapan mengecapi kesihatan semula, membantu
mengurangkan pengangguran di kalangan belia, saya kira sebagai amalan.
Hendak jadi
jutawan CNI tidak perlu modal berjuta, tidak semestinya lulus
universiti, yang penting ialah sikap positif, rajin menimba ilmu dari
upline dan syarikat, semangat padu serta tindakan yang selaras dengan
rancangan teratur.
 |
|

Pengurus Agensi Intan Jutawan
Hj Mohd Zainuddin & Mazenah
Sebelum
menyertai CNI lagi, saya telah pun menikmati pendapatan yang lumayan
dengan mengusahakan dua buah kedai makan yang maju di Kuantan.
Hakikatnya, masalah kewangan bukanlah sebab utama saya bergabung
dengan CNI.
Saya mula
kenal dengan kerjaya CNI menerusi kawan-kawan yang sering datang ke
restoran saya, DAM Mustapa Daud, yang kini menjadi upline saya, dan
MDAM Wan Rahimmulah.
Anggapan
pertama saya tentang MLM ketika itu ialah ia merupakan pilihan yang
sesuai bagi mereka yang gagal sahaja. Saya tidak berminat.
Namun, atas
pujukan kawan-kawan selama empat bulan dan untuk mengambil hati
mereka, saya pun menjadi ahli CNI dalam bulan Ogos 1999. Selama enam
bulan saya tidak berbuat apa-apa dan masuk bulan ketujuh, saya mencuba
secara sambil lewa. Bulan berikutnya, pada Februari 2000, saya
menerima bonus pertama berjumlah RM127.00.
Saya mula
menyedari potensi kerjaya CNI.Saya mula serius menaja downline dan
menjadi 100% pengguna. Hasilnya, pada 2001 saya menikmati pelancongan
luar negara yang pertama ke Indonesia setelah dinaikkan pangkat ke
Pengurus Agensi Delima. |
Saya terus
memanjat tangga kejayaan CNI dan berjaya mengerjakan Umrah, melancong
ke China dan memenangi Insentif Tabung Kereta pertama pada tahun yang
sama, iaitu pada 2002. Pada ketika itulah saya nekad untuk mengikuti
kerjaya CNI sepenuh masa.
Kini,
setelah enam tahun bergabung bersama CNI dan menikmati pelancongan
MDRT berprestij ke Dubai dan Turki, saya rasa amat bertuah kerana
usaha saya telah membuahkan hasil di luar jangkaan. Misi saya
seterusnya adalah untuk membantu ahli keluarga dan menarik lebih ramai
generasi muda untuk menceburi kerjaya CNI. Ini bersesuaian dengan
hadis riwayat AI-Bukhari yang menyebut Rasulullah SAW. bersabda:
"Berniagalah kerana sembilan persepuluh punca rezeki ada dalam
perniagaan."
Kerjaya CNI
adalah sebuah perniagaan yang profesional, berwawasan dan menepati
citarasa orang ramai. Mengikut pengalaman saya, kerjaya CNI lebih
mudah diusahakan berbanding perniagaan konvensional kerana saya tidak
perlu risau tentang stok, gaji pekerja, bil bulanan dan modal
perniagaan. Tambahan pula, kerjaya CNI disokong rangkaian produk yang
berkualiti, rancangan perniagaan yang sistematik lagi dinamik,
pemimpin yang berkaliber dan syarikat yang kukuh.
Saya ingin
mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada upline,
para pemimpin, organisasi, syarikat, isteri dan keluarga serta
kawan-kawan saya kerana tanpa sokongan dan dorongan mereka, tidak
mungkin saya boleh terbang tinggi bersama CNI.
 |
|
|

|

|
Mustapa Daud &
Nor Azian Abdul Latif
Keyakinan, kesabaran dan tindakan yang berterusan merupakan titik
tolak kejayaan seseorang. Kepada semua usahawan CNI, yakinlah pada
diri sendiri kerana kejayaan anda berpunca daripada diri anda sendiri.
Jumpa anda di puncak kejayaan! |
|
Anuar Abd Rawi &
Mimi Suzuraiza Rahim
Tiada kejayaan tanpa pernah melalui kegagalan, tiada kecemerlangan
tanpa perlu berkorban. Oleh itu, usahlah gusar jika harus berkorban
atau menemui kegagalan. Berusahalah dan pasti kita berada di puncak
kejayaan.
|
 |
|
 |
Sheikh Salleh Sheikh Mohamad & Siti Hanim Yahaya
Usaha gigih membuahkan kejayaan bukan saja dari segi material, namun
juga peningkatan sudut mental dan spiritual.
|
|
Yahya Khalid &
Siti Jamilah Mohamed
Nak jadi senang bukan senang. Jika mahukan kejayaan yang tinggi, kita
mesti bekerja keras dan berani menghadapi rintangan yang ada.
|
 |
|
 |
Faizal Leong Muhamad &
Che Faridah Che Hussin
Kejayaan pasti tiba selagi kita berusaha. Walaupun halangan demi
halangan yang datang, kita mesti teruskan, dan pasti sukses milik kita
bersama. Terima kasih upline dan downline.
|
|
Anuar Lateh &
Rohani Sidek
Azam yang kuat dan keinginan jika dipadukan secara berterusan
semestinya akan menjadi pasangan yang tidak boleh dikalahkan.
|
 |
|

|
Mahkotar Ali &
Che Hasmah Isa
Jadikan halangan dan rintangan sebagai tangga kearah merealisasikan
impian. Yakin diri, ikhlas, komitmen yang tinggi dan jelas merupakan
resipi kejayaan.
|
|
Rosnin Md Yasir &
Norazlinda Johary
Sabar dan tabah menghadapi rintangan yang menghalang dalam
memperjuangkan kehidupan yang lebih baik.
|
 |
|
 |
Mohd Yunus Yaacob &
Salma Ismail
Jangan memandang rendah kepada keupayaan diri anda, kerana dunia
sekeliling mengenali anda melalui cara anda menilai diri anda.
|
|
Karim Rahmat Abdul Rani &
Suhaimah Seman
Kejayaan seseorang bukan terletak pada ilmu atau bakat, tetapi pada
berani menggunakan ilmu dan bakat itu.
|

|
 |
Laman Utama
|
Sistem
|
Produk
|
Marketing Plan
|
Usahawan CNI
|
FAQ
|
Sertai Kami
|
Hubungi Kami
Copyright © cni2u.net. All rights reserved.
Ini bukan laman web rasmi syarikat CNI dan sebarang
maklumat yang terdapat didalam laman web ini tidak disahkan oleh mana-mana
pihak. Maklumat lengkap syarikat CNI boleh diperolehi dengan melayari
laman
web rasmi CNI
-
Beta Version -
|
 |